IKLAN

Followers

Sunday, December 9, 2012

Dilema FYPII (Siri 2)

Monday, 10/12/2012 (1:02 am) : Apakah aku sudah selesaikan Misi Yang Mustahil ini dengan baiknya? Apa yang sudah aku lakukan? Keputusannya pada hari ini juga, hanya Allah SWT yang tahu perasaan aku ... Aku akan selesaikan juga masalah ini pada hari ini juga ... Dengan apa cara sekalipun ... Selagi aku bernafas, darahku belum kering, semangatku masih kuat, walaupun fizikalku sudah lemah tapi mentalku masih boleh lagi berfikir dengan waras ... Perjuangan harus diteruskan ... Itulah aku punya tanggungjawab sebagai seorang pelajar ... Semangat!!! Semangat!!!  Kita tengok cara main dia esok? Style Yaww!! :3 ... Sebenarnya, aku ___________________ ... Hahahaha!! Gerenti korang tak tahu kan? Tunggu siri 3 ...

Chicken Marryland dan Air Kopi Jantan Ais Gelas Besar
di Restoren Zatiemas Wangsa Maju Syeksen 2 malam tadi
(9/12/2012 pukul 9.30 mlm), tengok bola sepak MC (2) - MU (3)





Paradise Lost - Enchantment

LAYAN ... :D

Wednesday, November 14, 2012

Dilema FYPII

Rabu 14/11/2012, 4.26 Petang

Assalamualaikum ... Pada hari tersebut aku telah menghantar report FYPII kat madam Amna, tapi dia takde ... Aku lekatkan kat pintu depan dengan sampul surat ... Kreativiti aku sudah mari ... :D Hahahaha!! Sebelum tu aku sarapan pagi dengan coklat dan air tongkat ali ...

Bueno White + Air Tin Tongkat Ali Cafe (beli kat Stesen Dang Wangi)

:) Rasa cara ini nampak ok ...



Sebelum hantar report tu .. aku pergi ke bilik Supervisor aku Dr. Nazri ... Dia takde hari ini ... So, aku dah rekod jadual perjalanannya ... Pada hari isnin, 19/11/2012 sebelum pukul 10 pagi aku kena ambil tandatangannya secepat yang mungkin ... Aku tak mau clash pada 23/11/2012 sebab coordinator nak bagi mark pada waktu tersebut ... Adeh ... Repair pun blum lagi ni ... :( Sabar2 ...

Jadual hari Doktor Nazri


Selepas abis kejadian penghantaran report ... Aku miss 2 kerja lagi ... Takpelah ... Tiada rezeki lagi ... Sabar2 ... Dan untuk menghilangkan tension aku ... Aku pun makan sorang2 kat bawah UniKL-MIIT ...

Maggi Kari CUP dan Air Soya

Roti bakar + Mushroom Soup ...

Sebenarnya aku da makin bosan, aku menantikan waktu betul2 habis belajar kat sini ... Sebab kepala otak aku da fikir 1000% nak kerja ... Nampakkan cara main dia?

Lagu trademark hari ini : -



Pertness - Frozen Time


Sebab otak aku da beku nak belajar ni ... (-_-) HAHAHAHAHA!!! Help me!!!

Sunday, November 11, 2012

Misi S2ok 10.11.12

Pada hari Jumaat 9 November 2012 ... Aku siapkan Final Year Project II (FYPII) report dan hantar LAB Assignment Network Management ... Macam2 dugaan ketika ini, tapi aku berjaya mengharunginya ... Hati aku sedikit tenang ... Siap sedikit misi nak abiskan study di UniKL ... Perit gak rasanya ... Maklumlah bukan pelajar cemerlang ...

Dan disini aku mau cerita sedikit selepas hantar Report dan Assignment, balik jek umah, aku sudah planning nak balik ke Johor .. Aku mau pergi ke Temerloh dengan nama2 ranggi di beri orang sana "Temerluv" ... hehehehe!! Aku nak pergi kenduri kahwin seorang sahabat di Facebook namanya Ain Hamzah ... So, dia da hantar kad jemputan kat aku, aku pergilah ... Tu adalah hari aku memang nak tahu siapa gadis ini ... so, aku bergerak daripada WM ke TBS pkl 9.30 malam ...

Sampai sahaja di TBS, aku lepak2 sekejap seorang diri dan menjaga diri aku dengan baik2 supaya aku pulang ke Johor dengan selamat ... Tapi takpe aku sudah biasa keseorangan begini ... Aku pergi ke kaunter tiket bas, aku terus bertanya dengan seorang penjual tiket :

Slay : "Abang, tiket balik ke Johor Bahru, ke Larkin ade lagi x? Kalau boleh saya mahu sekarang juga" ...
Abang Tiket : "Tiket pada hari ni semuanya sudah abis ..."
Slay : "Oklah, xde ke tiket balik untuk esok pagi? Kalau boleh awal lagi bagus ..."
Abang Tiket : "Tunggu sebentar" ...

Abang Tiket bas pun menge'check' tiket bas ...

Abang Tiket : "Ada kalau pukul 1.30 pagi ... Boleh ke?"
Slay : "Saya tiada masalah, lagi bagus, pada pukul 1.30 pagi esok, 10.11.12 right?"
Abang Tiket : "Ya betul, nak beli berapa tiket encik?"
Slay : "Satu sahaja" ...
Abang Tiket : "Tempat duduk semua kosong, encik nak tempat duduk nombor berapa?"
Slay : "Saya pilih no.4 ... nak duduk sorang2 sahaja"
Abang Tiket : "Nama encik?"..
Slay : "M_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _" ...
Abang Tiket : "Ok, tiket bas ini pada 10.11.12, bergerak daripada TBS ke TBL pada pukul 1.30 pagi nanti, naik bas STARMART, tempat duduk no.4, gate no.1 semuanya berharga RM31.30" ...
Slay : "Terima kasih Abang" ...

Aku pun happy dapat gak tiket untuk meneruskan planning 'A' : Hambush Disire ... Aku pun lepak2 kat Restoren Mamak di TBS ... Aku makan nasi, ikan goreng dan telur ikan goreng ... Layan ... Dan selepas makan jek ... Aku g 7-11 beli air tongkat ali cafe dan lolypop ... Pastu aku lepak di satu tempat yang aku boleh mencuci mata ... :D

Lepas tu pkl 1 pagi, aku pun turun ke tangga bergerak ke level 3 jumpa polis dan polis pun check tiket aku ...

Abang Polis : "Ok bro, boleh turun sekarang ... Ke Gate 1 ok" ...
Slay : "Ok Bang" ...

Aku pun menunggu bas aku sampai bas tu sampai dan melihat seorang wanita memakai baju hijau, berambut panjang tapi di ikatnya, beg hijau ... separa hijau ... :) Comel gak ... Tapi aku rasa tak payah mengurat buang masa jek ... Hahahahaha!!

Pada hari Sabtu, 10 November 2012 ... Pukul 5.20 pagi aku sudah sampai ke TBL ... di Larkin, Johor ... Aku naik kereta seorang sahabat aku, aku terus bertolak dari Larkin ke Temerloh ... Disinilah bermulanya misi S2ok 10.11.12 (Senyap-senyap OK 10.11.12), misi ke Temerloh, ke majlis perkhawinan Ain Hamzah dan Ashmir ... Aku sebenarnya mau melihat sahabat FB aku ini untuk kali pertama ... :D


10.11.12, 5.20 paqgi : Sampai TBL ... Larkin, Johor

Saja2 jek ... :D Hahahaha!!


Hahahaha!! Disana aku dan sahabat aku berbual2 walaupun aku sudah mengantuk sangat ... Tapi aku keraskan hati aku ... Aku layankan diri aku sampai ke Mersing ... Di sana aku berehat sekejap dan bersarapan pagi ... Aku makan nasi ambang dan nasi lemak ... bersama-sama teh tarik ... :D

Nasi Ambeng, Nasi Lemak dan Teh Tarik

Nama Warung ni di Mersing, Warung Pak Atan

Lepas jek makan kami teruskan misi seterusnya ... Ke Temerloh ... Tapi berehat semula ke satu stesen minyak di Muazam Shah ... Lupa plak stesen minyak apa, dan jumpa seorang Kakak di sana ...

Slay : "Assalamualaikum kak, macamana saya mau pergi ke Temerloh?"
Kakak yang tidak dikenali : "Adik straight sahaja, nanti jumpa traffic light, sampai jumpa simpang ke Temerloh dan belok kiri" ...
Slay (mempunyai perasaan pelik) : "Baiklah, terima kasih Kak"
Kakak yang tidak dikenali : "Ada apa di sana?"
Slay : "Ada kenduri kahwin sahabat saya"
Kakak yang tidak dikenali : "Wah ... Hari 10.11.12 ... Cantik gak yek waktu kawan awok kahwin ... Dari mane ni?"
Slay : "Daripada Johor"
Kakak yang tidak dikenali : "Oic, jauh datang kemari"
Slay : "Sebab kawan sudah menjemput ... Kene datanglah" ... :D

Dan aku teruskan misi aku ke Temerloh ... Aku berehat semula di Gambang tidak silap aku, berhenti di satu stesen minyak lagi ...

Slay : "Assalamualaikum, tumpang tanya, bagaimana saya mau pergi ke Temerloh?"
Kakak Cashier : "Adik nanti keluar daripada pam minyak ni, belok kiri dan terus jek ikut jalan ke arah highway, ke arah KL, kat sana dekat sedikit daripada jalan lama adik, ikut highway hanya 1 jam sahaja sampai ke Temerloh" ...
Slay : "Senang jek ... terima kasih Kak" ...

Disana aku mandi sekejap, walaupun tiada towel ... tapi baju yg aku pakai tu aku jadikan towel, aku pakai baju baru berwarna coklat ... :) Disana aku beli shampoo safi anti kelemumur, dan ubat gigi safi ... Da siap mandi, aku pakai minyak wangi beli dari Grandma Natalia Raynie, Davidolf Champion ... :D Segar dan mewangi seperti debunga wangi ... Hahahahaha!!

Aku teruskan perjalanan aku ke Temerloh ... Naik highway LPT ... Disini aku dan sahabat aku berasa lebih tenang dan berasa sungguh selesa sekali ... Tidak fikir masalah nak sampai ke Temerloh mengikut jadual yang telah disediakan ... So disini planning A aku menjadi lebih jimat masa ...

Sampai sahaja di Temerloh, aku buka map kenduri kahwin rumah Ain Hamzah ... pastu aku ternampak Pasaraya Super Cowboy ... Wah!! Aku ingat hanya ade di Kulaijaya sahaja, di Temerloh pun ada jugak ... Memang terbaik, kebetulan memang nak beli hadiah perkhawinan sahabat aku ... :D Hehehe!! Sampai sini pukul 11.50 pagi ...

Makan2 dan minum2 kat Marrybrown Temerloh sambil2 sampulkan hadiah perkhawinan sahabat FB aku 

Super Cowboy Temerloh

Hadiah da siap ... Tapi gambar tidak jelas ... Dan Terima kasih kat Adik Angkat aku, kerana dia bagi aku beg Mc'D ni masa kita jumpa dahulu kala ... Asalnya dia kecik, tapi bila buka, ia jadi beg yang besar ... Aku bawak dia kat mana2 sahaja bro ... Insya'Allah ... Kalau ko ada kan bagus ...

Aku guna beg ni untuk simpan hadiah ...

Seterusnya, aku pun teruskan perjalanan aku ke rumah Ain Hamzah ... Aku sampai di rumahnya tepat pukul 1 petang ... Aku pun pergi dengan sahabat aku ke rumahnya ... Aku bersalam dengan Ayah Ain iaitu Pak Hamzah dan melihat Mak Ain menjemput aku masuk dan menyuruh aku meletakkan Hadiah di atas meja yang telah disediakan ...

Makanan dan minuman di sana adalah : Nasi Jagung tidak silap aku, sayur2an, ayam goreng, daging masak apentah, ikan kering tongkol tidak silap aku, ubi masak tempoyak kot dan macam2 lagi ... Air oren ... Overall semua makanan kat sini sedap ... Serius ... Aku makan 2 kali ... :D Tidak jumpa makanan sesedap macam ni ...

Cenderahati dari Temerluv ... :D Hahaha!!


Selamat pengantin baru Ain dan Ashmir ... Semoga berkekalan ke anak cucu ... :D




Lagu untuk Ain dan Suaminya ... Spider - Selamat pengantin baru sahabat ...

Dan selepas selesai tugas dan misi aku melihat Ain dan suaminya bersanding di atas majlis perkhawinannya ... Aku pun beredar dan ingat nak lepak2 sekejap dengan Haikal ... Cis! Rupa2nya Haikal masih berada di KL ... Tak guna punya member ... Hahahahaha!! Aku pun terus balik ke Johor semula ...
Di sini bermulanya detik2 terbaik daripada ladang anggur ... Bertolak ke Temerloh pada pukul 2.30 petang ... Kisah ni tidak abis lagi ... Aku sampai di Kulaijaya pukul 8.30 malam, aku berehat sekejap di Felda Taib Andak sekejap, aku berterima kasih dengan sahabat aku yang bawak aku ke Temerloh dan balik ke JB ... Pastu member aku pun balik ...  Aku pun keluar ambil Aseng terus gi JB dengan seseorang sahabat pula ... Dekat sana aku rasa nak makan bubur ... Hehehehe!! Pukul 10 malam aku sampai kat Sentosa, JB ...

Aku makan bubur dan sotong masak goreng tepung


Lepas makan, aku dan member2 aku balik ke rumah, ke Felda Taib Andak, Kulaijaya ... Aku rasa pada 10.11.12 tu adalah hari yang sangat berbaloi aku berjalan2 bersiar untuk melepaskan tensen aku ... Sebenarnya, aku tidak cerita abis, cerita ni aku terpaksa pendekkan ... kerana ade sebab2 tertentu ... Hahahaha!! Apa2pun ... Aku suka cerita tentang "Aku suka makan" ... So? Apa masalah korang?



Apabila sampai ke rumah ... Aku melihat kedua2 mak dan abah aku ... mereka sihat sahaja ... :) dan aku melihat adik aku pun sihat ...
Masa untuk merehatkan diri daripada belenggu nak abiskan belajar di UniKL ... Masa untuk mendengar lagu ...
Before the Dawn - Throne of Ice (Melodic Death Metal from Finland) Lagu ini telah menenangkan jiwa aku ... :)

Thursday, October 25, 2012

Wanita ini ...

Kejadian tengahari tadi aku g makan bersama2 sahabat serumah aku Azwan ke Mydina Restoren ... :D Kejadian aku membuat aku terfikir adakah wanita ini waras atau tidak? Tapi takpe aku memahami ... Supaya kita berfikir secara logik, kalau dia waras, dia tidak akan berpakaian sedemikian rupa ... Kasihan pada wanita ini ... Maafkan aku, aku anggap ini adalah satu kesedaran bagi aku sendiri ... Sesiapa yang memahami wanita ini? Hanya Allah sahaja yang tahu ... Itu tidak apa bagi aku, kejadian Allah SWT selalu menguji pemikiran aku ... Aku harus terima hakikat ini ... :)

Wanita ini bagi aku dia ada penyakit mental ... Harap kamu semua memahami ...


Wednesday, October 24, 2012

the'Secret life'Of Slay (Part II)

Assalamualaikum ... Sudah lama aku tidak singgah blog aku ni ... Sibuklah sebab ada projek akhir siri kedua di UniKL ... :) ... Di sebabkan itu aku banyak kehilangan sahabat, kehilangan perhatian terhadap pelajaran, kehilangan arah, aku tidak dapat diet, aku tidak dapat bersukan, aku tidak dapat berniaga, aku tidak dapat apa yang aku hendak buat ... Senang cerita, jadual aku sangat padat pada bulan september 2012 ...

Nak buat camana? Tanggungjawab aku sebagai seorang anak untuk Abah dan Mak mestilah habiskan belajar dengan berjaya, tanggungjawab aku sebagai pelajar mestilah aku kena ikut arahan pensyarah2 aku, tanggungjawab aku sebagai sahabat mestilah aku kongsi detik2 kegembiraan bersama2 aku, tanggungjawab aku sebagai rakyat jelata mestilah aku berkhidmat kepada negara yang tercinta, tanggungjawab aku sebagai seorang manusia mestilah aku berexploitasikan ilmu daripada Allah SWT Maha Pencipta sekian alam ini dan senang cerita, semuanya aku ade tanggungjawab aku sendiri di bumi Allah ini ...

Tapi tidak apa, kita tidak perlu mengeluh, kita kena cool, kita kena tenang, kita kena ada strategi, kita ada tektik dan kita tidak perlu mengejar sesuatu kejayaan yang kita nak kecapi itu dengan mudah, kita kena hadapi kegagalan dahulu, barulah kita boleh merasa nikmat kejayaan yang diberikan oleh Allah SWT ... Kadang2 kita hanya boleh berkata begini, tapi nak melaksanakan itu bukan mudah ... Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ... Aku kurang sihat, tapi aku yakin, aku tak perlu dramatik, aku perlu kuatkan semangat, semuanya akan menjadi teman hidupku untuk mengembirakan aku, walaupun sedih datang melanda di diriku, tapi aku tidak gentar dengan erti kekalahan ... setiap projek akhir tahun, aku bertanyakan sahabat2 yang pandai di bahagian2 tertentu, aku belajar daripada mereka ...

:) Akhirnya aku paham juga cara menyelesaikannya ... Aku berterima kasih sebab sahabat2 aku ni tidak suka memanjakan aku, korang ajarkan aku menjadi manusia bukan binatang ... Ilmu ni aku akan gunakan sampai bila2 hingga ke akhir hayatku, jika ada sahabat lain mahu belajar ilmu ini, akan aku ajar mereka seperti korang ajar aku ... Koranglah sahabat aku ... Terima kasih banyak2 ... dan terima kasih kepada pensyarah yang menyedarkan aku pada satu hakikat projek itu bukan menguji kesabaran aku malahan dia mengajar aku menerima hakikat dan takdir yang aku masih cetek lagi dalam pembelajaran ... Aku sangat bersyukur sangat2 ... Walaupun aku hampir kehilangan tenaga dalaman untuk ke UniKL, tapi aku kuatkan semangat aku untuk 26/10/2012, untuk berjumpa dengan seorang pensyarah, untuk melihat keputusan tugasan projek akhir siri II itu, harapan aku dia boleh memberi aku kegembiraan untuk aku hadapi final exam nanti ... Selamat Hari Raya Aidil Adha ... Amin ...


Air coklat "Goodday + Panadol Extend" = untuk memulihkan tenaga, sebab aku hampir demam ... Bersama2 topup maxis untuk call orang2 penting dalam hidup aku ...



configure OpenVPN sendiri ...


Mission : Hampir Complete ... 3:)

Thursday, August 16, 2012

Kerana Topup

Stone Cold terlupa nak beli topup maxis CM Punk ... Kita tgk kisah mereka ... :D



Saturday, August 11, 2012

the'Secret life'Of Slay

...... ???
(Siri 1)
Banyak cerita didalam hidupku ini ...
Ia tidak sama mcm kehidupan orang lain yang bahagia dan ceria selalu ...
Tapi aku tidak begitu, luar sahaja nampak gembira, di dalam hatiku "Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui" ...
Aku memang sengaja dibiarkan ditipu oleh sesiapa sahaja yang rapat dengan aku, bahawa aku nak tahu "kenapa mereka tak mahu jujur sama dgn aku?"
Tapi takpe, kita hidup hanyalah sementara ...
Aku tahu yang diriku senang sangat menerima apa sahaja mereka katakan walaupun "DIBOHONG" ...
Mudah ditipu, sebab aku percayakan kejujuran ... :)  Jangan bersedih bila Allah tidak memberikan pembalasan terus kepada mereka yang menganiaya kita.. Kerana percayalah Allah sedang merencanakan pembalasan yang setimpal buat mereka.. karma :) (Introduction)

Bersambung ...



Saturday, July 21, 2012

Apakah yang sedang engkau tengah lakukan?

Sabtu, 21 Julai 2010 (10 malam - 1.30 pagi) : Hari pertama puasa, aku dan sahabat aku Azlin Fizry dan Burhannuddin lepak2 di Restoren Indas Maju Indahpura, bermain Facebook di sana. Kami makan2 sambil luangkan masa bercerita tentang cerita lawak gelagat sahabat2 rapat kami di kampung. Tapi, aku pula sambil bercerita tentang pengalaman lawak aku bersama2 member2 aku di Restoren, setiap saat aku mesti menanti sms daripadanya. Tapi, langsung tiada jawapan.

Sejak kebelakangan ini, aku tidak tahu apa yang aku dalami sebenarnya. Selalu memikirkan dirinya sedang buat apa sebenarnya di belakang aku ... Aku hanya mau kau sentiasa berada di sisi aku... Tapi aku tunggu sms daripada kamu, menanti sebuah jawapan yang aku berikan soalan kepada kamu ... Tapi kamu endahkan seolah2 aku kene fikir sendiri, tapi tiba2 sms yang hadir daripadamu itu membuat aku tersenyum kembali, barulah aku memahami ... Aku dan sahabat aku pun membayar makanan dan minuman, kami pun bercadang hendak memakan aiskrim, maklumlah siang nanti sudah puasa, sudah tidak boleh makan aiskrim. Kami pun singgah 7 eleven.

Makan aiskrim connetto di waktu malam ... Hahahaha!!! Lawanya tangan aku ...

Tak apalah, yang penting sekali aku hanya mampu tersenyum walaupun hati aku berasa sunyi dan sepi, walaupun ditemani 2 orang sahabat aku Azlin Fizry dan Burhanuddin sambil memakan aiskrim di atas Wall Kebal Indahpura di Kulaijaya, di situ aku cuba luangkan kesunyian dengan melihat pemandangan kenderaan lalu lintas daripada atas wall tersebut. Melihat keretapi lalu pada waktu malam, bunyi siulan burung2 layang2, bunyi anjing menyalak2, mat2 rempit berlumba dan melihat suasana malam di Kota Kulaijaya.

Sambil makan aiskrim, kami melihat suasana malam yang sunyi.

Inilah sahabat aku yang selalu menemani aku ketika aku kebosanan. Terima kasih Burhanuddin dan Azlin Fizry... :)



Padi - Menanti sebuah jawaban ... :)

Sunday, July 15, 2012

Jamming (Part 3)

Jamming yang ketiga aku bersama2 band aku Dursila ... :D Hahahaha!!! Aku happy sangat ... Pasni aku nak cover song kumpulan Moonstruck - With broken wings ... :)



Thursday, July 12, 2012

Ikan Siakap Masak Stim ...

12/07/2012 Khamis : Pada waktu malam menyising waktu pagi ... aku diarahkan g ke bank Maybank untuk check nilai baki duit aku atas arahan abah aku ... :) Itu hanya introduction sahaja ... Hahahaha!!!

Pada malam itu, aku jumpa sahabat baik aku, satu sekolah, satu kelas, satu Cosmopoint JB dan satu band iaitu Drummer aku Doyok ... lepak2 malam2 kat Restoren Kanajaya (Satu restoren siam dekat dengan jalan cemara 9 Bandar Putra, Kulaijaya) ... Aku order seekor ikan siakap masak stim limau pedas2, nasi suku dan tembikai ais ... Doyok order nasi goreng kampung, telur dadar dan lai chi kang ... aku terkejut ade lai chi kang kat situ ... malam skit aku minum air tu kat situ ... nak lai chi kang panas ...

Kami berbual berdua sama2 di zaman remaja kami tentang cinta, sampailah Doyok cerita dia berkhawin dgn isterinya yang dia cintai dan anaknya yang dia sayangi ... Sungguh mencuit hati aku, teringin aku nak berasa berumah tangga tapi aku masih belajar di UniKL ... Apakan daya aku ini ...

Ikan Siakap masak Stim Limau ... Pedas tu ... Sukak!!

Nasi suku jek ... Xleh byk2 ... Hihihihi!!!

Air kesukaan saya : Tembikai Jus ... Wow!!

(19 October 2008 : Aku g danga bay naik kapal bergerak bersama2 kumpulan Dursila ... Mase ni tangan aku patah sebelah kiri ... :) Kenangan sungguh ... Hati aku benar2 kering ... Aku mmg xpedulikan kesihatan aku demi ingin kawan2 aku bahagia bersama2 aku ... Kalau aku ade kekasih hati mase ni gerenti dia xsuka cara aku ... )






Dan tidak lupa kepada kumpulan Damokis ... Bob ko sungguh kelakar ... :) Ko la inspirasi aku ... Hahahaha!!!

Jamming (part II)

4 Julai 2012 : Aku jamming bersama2 Muss dan Doyok di Studio Ok ... :D

Lama xpegang gitar ... menggigil rasanya ... segala yang terbuku selama ini terluah juga ... inilah cara aku melepaskan tekanan hati aku ... aku akan bermain muzik ... aku xkisah muzik apa aku mainkan ... janji hati aku puas ... sbb aku akan bergantung lagu pada sahabat aku minat ... jiwa aku mmg keras, tapi hati aku lembut dan mudah tersentuh ... cuma jangan sesekali cabar dan keringkan hati aku, aku akan lebih ganas daripada manusia yang tidak ade perasaan, dan mungkin aku lebih teruk daripada itu ... inilah aku ... :) yang penting aku kembali bersama band aku "DURSILA" ... korang masih didalam hati aku ... aku kalau boleh aku nak bersama2 YZD semula ...

Dursila - (SAUTS ALASTOR- Devouring The Purity Of Holiness (Cover Song))




Monday, July 2, 2012

Jamming (part 1)

Hampir 4 tahun aku tidak berjamming bersama2 band aku DURSILA ... Bersama2 Mus, Doyok dan YZD ... cuma di dalam video klip ni hanya YZD jek xde ... Aku ingat aku xleh main gitar lagi ... 2 tahun aku tinggalkan gitar mcm gitu sahaja selepas aku saja2 testing buat kumpulan DUCKSITE, tapi tak tau entah kemane mereka semua ... Video Klip ni hanyalah sekadar melepaskan rindu di jamming studio di Kulaijaya .. OK STUDIO di Indahpura, Kulaijaya, JOHOR ... Aku bermain lead gitar, Muss bermain gitar bass dan Doyok bermain drum, lagu kami dapat rakamkan untuk jamming di sini adalah lagu cover dari kumpulan HELOISA - AT DAWN THEY ARRIVE kumpulan metal tempatan ... Kami rindukan zaman kegemilangan remaja kami dahulu dan kami rasa sudah kembali semula ... Sangat rindukan zaman tu ... Terima kasih kepada sahabat2 yang banyak bg semangat semula kepada aku untuk bermain gitar balik semula ... :) Aku sangat gembira dapat bersama2 mereka semula ... Metal TERUS!! ...


Wednesday, June 13, 2012

Chili's

Hari Rabu, 13/6/2012

Aku g HKL untuk medical checkup yang seterusnya ... bersama2 Muhammad Zaid ... Dia seorang sahabat serumah menemani aku ke sana ... Pasal penyakit tu aku terpaksa merahsiakan ... Terima kasih ... :D

Selepas itu, aku g KLCC, aku jalan2 sama2 Zaid dalam KLCC ... melihat pemandangan yang indah2 sahaja2 ... mcm tgk barang2, pakaian dan tempat makanan ... Kami xcuci mata ... Niat kami suci dan bersih drpd debu ...

Kami singgah di Restoren Chili's ... Aku order Burger Becon dan Zaid pun sama juga ... Air aku minum air Sprite dan Zaid minum air Apple Juice ... :) Harga berpatutan ...

 
Yeah!! Chili's Restaurant di KLCC ...

 Burger Becon

 Da macam kat Wangsa Maju ... Burger Bakar ...

 Air Sprite

Temujanji Doktor di HKL

'Paradise Lost - The Cold Life'



Friday, May 11, 2012

Pizza

Khamis 3/5/2012 - Selepas selesai membuat Lab Test Skill Base Wireless Network ... Aku, Nazir, Hafiz dan Izzah lepak kat Pizza Hut dekat Chow Kit ... Ye ke?

Mushroom Soup

Pepsi dan Beg aku ...

Roti apenthah!!

Pizza 1

Pizza 2

Rambut baru aku ... Hehehe!!






Pukulan Sup Doraisamy

Isnin 30 April 2012

Kejadian order xsampai di HR steak house Kg Baru

Bro Nuno, Bro Wady dan Bro Pakai baju biru ...

Sis Natty, May May, Bro Megat dan Bro Nuno hirup sup ... hehehe!!!


Sebelum g makan2 ... diorg berdua masih berposing maut ...

Sis Nat, May May dan Bro Megat

Ni kawan May May, Scha dan yang lain tu xtahu nama sebenarnya ... Hahahaha!~!!

^_^





KL METALCAMP 5

Ahad, 29 April 2012





Bro Tim dan Bro Nuno

Posing ramai2 ...

Aku, bro Tim, Nadia, Bro Aku tak tahu nama dia (hehehe), Bro Armada, Bro Nuno ...

Rasa bosan ... :D

Kalau rambut aku panjang?

Bersama2 3 org sahabat tidak ketahui namanya serta bro Tim, aku dan Wady

Aksi mat yoyo ... hehehehe



Advertising