IKLAN

Followers

Wednesday, October 24, 2012

the'Secret life'Of Slay (Part II)

Assalamualaikum ... Sudah lama aku tidak singgah blog aku ni ... Sibuklah sebab ada projek akhir siri kedua di UniKL ... :) ... Di sebabkan itu aku banyak kehilangan sahabat, kehilangan perhatian terhadap pelajaran, kehilangan arah, aku tidak dapat diet, aku tidak dapat bersukan, aku tidak dapat berniaga, aku tidak dapat apa yang aku hendak buat ... Senang cerita, jadual aku sangat padat pada bulan september 2012 ...

Nak buat camana? Tanggungjawab aku sebagai seorang anak untuk Abah dan Mak mestilah habiskan belajar dengan berjaya, tanggungjawab aku sebagai pelajar mestilah aku kena ikut arahan pensyarah2 aku, tanggungjawab aku sebagai sahabat mestilah aku kongsi detik2 kegembiraan bersama2 aku, tanggungjawab aku sebagai rakyat jelata mestilah aku berkhidmat kepada negara yang tercinta, tanggungjawab aku sebagai seorang manusia mestilah aku berexploitasikan ilmu daripada Allah SWT Maha Pencipta sekian alam ini dan senang cerita, semuanya aku ade tanggungjawab aku sendiri di bumi Allah ini ...

Tapi tidak apa, kita tidak perlu mengeluh, kita kena cool, kita kena tenang, kita kena ada strategi, kita ada tektik dan kita tidak perlu mengejar sesuatu kejayaan yang kita nak kecapi itu dengan mudah, kita kena hadapi kegagalan dahulu, barulah kita boleh merasa nikmat kejayaan yang diberikan oleh Allah SWT ... Kadang2 kita hanya boleh berkata begini, tapi nak melaksanakan itu bukan mudah ... Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ... Aku kurang sihat, tapi aku yakin, aku tak perlu dramatik, aku perlu kuatkan semangat, semuanya akan menjadi teman hidupku untuk mengembirakan aku, walaupun sedih datang melanda di diriku, tapi aku tidak gentar dengan erti kekalahan ... setiap projek akhir tahun, aku bertanyakan sahabat2 yang pandai di bahagian2 tertentu, aku belajar daripada mereka ...

:) Akhirnya aku paham juga cara menyelesaikannya ... Aku berterima kasih sebab sahabat2 aku ni tidak suka memanjakan aku, korang ajarkan aku menjadi manusia bukan binatang ... Ilmu ni aku akan gunakan sampai bila2 hingga ke akhir hayatku, jika ada sahabat lain mahu belajar ilmu ini, akan aku ajar mereka seperti korang ajar aku ... Koranglah sahabat aku ... Terima kasih banyak2 ... dan terima kasih kepada pensyarah yang menyedarkan aku pada satu hakikat projek itu bukan menguji kesabaran aku malahan dia mengajar aku menerima hakikat dan takdir yang aku masih cetek lagi dalam pembelajaran ... Aku sangat bersyukur sangat2 ... Walaupun aku hampir kehilangan tenaga dalaman untuk ke UniKL, tapi aku kuatkan semangat aku untuk 26/10/2012, untuk berjumpa dengan seorang pensyarah, untuk melihat keputusan tugasan projek akhir siri II itu, harapan aku dia boleh memberi aku kegembiraan untuk aku hadapi final exam nanti ... Selamat Hari Raya Aidil Adha ... Amin ...


Air coklat "Goodday + Panadol Extend" = untuk memulihkan tenaga, sebab aku hampir demam ... Bersama2 topup maxis untuk call orang2 penting dalam hidup aku ...



configure OpenVPN sendiri ...


Mission : Hampir Complete ... 3:)

No comments:

Post a Comment

Advertising