IKLAN

Followers

Wednesday, November 14, 2012

Dilema FYPII

Rabu 14/11/2012, 4.26 Petang

Assalamualaikum ... Pada hari tersebut aku telah menghantar report FYPII kat madam Amna, tapi dia takde ... Aku lekatkan kat pintu depan dengan sampul surat ... Kreativiti aku sudah mari ... :D Hahahaha!! Sebelum tu aku sarapan pagi dengan coklat dan air tongkat ali ...

Bueno White + Air Tin Tongkat Ali Cafe (beli kat Stesen Dang Wangi)

:) Rasa cara ini nampak ok ...



Sebelum hantar report tu .. aku pergi ke bilik Supervisor aku Dr. Nazri ... Dia takde hari ini ... So, aku dah rekod jadual perjalanannya ... Pada hari isnin, 19/11/2012 sebelum pukul 10 pagi aku kena ambil tandatangannya secepat yang mungkin ... Aku tak mau clash pada 23/11/2012 sebab coordinator nak bagi mark pada waktu tersebut ... Adeh ... Repair pun blum lagi ni ... :( Sabar2 ...

Jadual hari Doktor Nazri


Selepas abis kejadian penghantaran report ... Aku miss 2 kerja lagi ... Takpelah ... Tiada rezeki lagi ... Sabar2 ... Dan untuk menghilangkan tension aku ... Aku pun makan sorang2 kat bawah UniKL-MIIT ...

Maggi Kari CUP dan Air Soya

Roti bakar + Mushroom Soup ...

Sebenarnya aku da makin bosan, aku menantikan waktu betul2 habis belajar kat sini ... Sebab kepala otak aku da fikir 1000% nak kerja ... Nampakkan cara main dia?

Lagu trademark hari ini : -



Pertness - Frozen Time


Sebab otak aku da beku nak belajar ni ... (-_-) HAHAHAHAHA!!! Help me!!!

Sunday, November 11, 2012

Misi S2ok 10.11.12

Pada hari Jumaat 9 November 2012 ... Aku siapkan Final Year Project II (FYPII) report dan hantar LAB Assignment Network Management ... Macam2 dugaan ketika ini, tapi aku berjaya mengharunginya ... Hati aku sedikit tenang ... Siap sedikit misi nak abiskan study di UniKL ... Perit gak rasanya ... Maklumlah bukan pelajar cemerlang ...

Dan disini aku mau cerita sedikit selepas hantar Report dan Assignment, balik jek umah, aku sudah planning nak balik ke Johor .. Aku mau pergi ke Temerloh dengan nama2 ranggi di beri orang sana "Temerluv" ... hehehehe!! Aku nak pergi kenduri kahwin seorang sahabat di Facebook namanya Ain Hamzah ... So, dia da hantar kad jemputan kat aku, aku pergilah ... Tu adalah hari aku memang nak tahu siapa gadis ini ... so, aku bergerak daripada WM ke TBS pkl 9.30 malam ...

Sampai sahaja di TBS, aku lepak2 sekejap seorang diri dan menjaga diri aku dengan baik2 supaya aku pulang ke Johor dengan selamat ... Tapi takpe aku sudah biasa keseorangan begini ... Aku pergi ke kaunter tiket bas, aku terus bertanya dengan seorang penjual tiket :

Slay : "Abang, tiket balik ke Johor Bahru, ke Larkin ade lagi x? Kalau boleh saya mahu sekarang juga" ...
Abang Tiket : "Tiket pada hari ni semuanya sudah abis ..."
Slay : "Oklah, xde ke tiket balik untuk esok pagi? Kalau boleh awal lagi bagus ..."
Abang Tiket : "Tunggu sebentar" ...

Abang Tiket bas pun menge'check' tiket bas ...

Abang Tiket : "Ada kalau pukul 1.30 pagi ... Boleh ke?"
Slay : "Saya tiada masalah, lagi bagus, pada pukul 1.30 pagi esok, 10.11.12 right?"
Abang Tiket : "Ya betul, nak beli berapa tiket encik?"
Slay : "Satu sahaja" ...
Abang Tiket : "Tempat duduk semua kosong, encik nak tempat duduk nombor berapa?"
Slay : "Saya pilih no.4 ... nak duduk sorang2 sahaja"
Abang Tiket : "Nama encik?"..
Slay : "M_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _" ...
Abang Tiket : "Ok, tiket bas ini pada 10.11.12, bergerak daripada TBS ke TBL pada pukul 1.30 pagi nanti, naik bas STARMART, tempat duduk no.4, gate no.1 semuanya berharga RM31.30" ...
Slay : "Terima kasih Abang" ...

Aku pun happy dapat gak tiket untuk meneruskan planning 'A' : Hambush Disire ... Aku pun lepak2 kat Restoren Mamak di TBS ... Aku makan nasi, ikan goreng dan telur ikan goreng ... Layan ... Dan selepas makan jek ... Aku g 7-11 beli air tongkat ali cafe dan lolypop ... Pastu aku lepak di satu tempat yang aku boleh mencuci mata ... :D

Lepas tu pkl 1 pagi, aku pun turun ke tangga bergerak ke level 3 jumpa polis dan polis pun check tiket aku ...

Abang Polis : "Ok bro, boleh turun sekarang ... Ke Gate 1 ok" ...
Slay : "Ok Bang" ...

Aku pun menunggu bas aku sampai bas tu sampai dan melihat seorang wanita memakai baju hijau, berambut panjang tapi di ikatnya, beg hijau ... separa hijau ... :) Comel gak ... Tapi aku rasa tak payah mengurat buang masa jek ... Hahahahaha!!

Pada hari Sabtu, 10 November 2012 ... Pukul 5.20 pagi aku sudah sampai ke TBL ... di Larkin, Johor ... Aku naik kereta seorang sahabat aku, aku terus bertolak dari Larkin ke Temerloh ... Disinilah bermulanya misi S2ok 10.11.12 (Senyap-senyap OK 10.11.12), misi ke Temerloh, ke majlis perkhawinan Ain Hamzah dan Ashmir ... Aku sebenarnya mau melihat sahabat FB aku ini untuk kali pertama ... :D


10.11.12, 5.20 paqgi : Sampai TBL ... Larkin, Johor

Saja2 jek ... :D Hahahaha!!


Hahahaha!! Disana aku dan sahabat aku berbual2 walaupun aku sudah mengantuk sangat ... Tapi aku keraskan hati aku ... Aku layankan diri aku sampai ke Mersing ... Di sana aku berehat sekejap dan bersarapan pagi ... Aku makan nasi ambang dan nasi lemak ... bersama-sama teh tarik ... :D

Nasi Ambeng, Nasi Lemak dan Teh Tarik

Nama Warung ni di Mersing, Warung Pak Atan

Lepas jek makan kami teruskan misi seterusnya ... Ke Temerloh ... Tapi berehat semula ke satu stesen minyak di Muazam Shah ... Lupa plak stesen minyak apa, dan jumpa seorang Kakak di sana ...

Slay : "Assalamualaikum kak, macamana saya mau pergi ke Temerloh?"
Kakak yang tidak dikenali : "Adik straight sahaja, nanti jumpa traffic light, sampai jumpa simpang ke Temerloh dan belok kiri" ...
Slay (mempunyai perasaan pelik) : "Baiklah, terima kasih Kak"
Kakak yang tidak dikenali : "Ada apa di sana?"
Slay : "Ada kenduri kahwin sahabat saya"
Kakak yang tidak dikenali : "Wah ... Hari 10.11.12 ... Cantik gak yek waktu kawan awok kahwin ... Dari mane ni?"
Slay : "Daripada Johor"
Kakak yang tidak dikenali : "Oic, jauh datang kemari"
Slay : "Sebab kawan sudah menjemput ... Kene datanglah" ... :D

Dan aku teruskan misi aku ke Temerloh ... Aku berehat semula di Gambang tidak silap aku, berhenti di satu stesen minyak lagi ...

Slay : "Assalamualaikum, tumpang tanya, bagaimana saya mau pergi ke Temerloh?"
Kakak Cashier : "Adik nanti keluar daripada pam minyak ni, belok kiri dan terus jek ikut jalan ke arah highway, ke arah KL, kat sana dekat sedikit daripada jalan lama adik, ikut highway hanya 1 jam sahaja sampai ke Temerloh" ...
Slay : "Senang jek ... terima kasih Kak" ...

Disana aku mandi sekejap, walaupun tiada towel ... tapi baju yg aku pakai tu aku jadikan towel, aku pakai baju baru berwarna coklat ... :) Disana aku beli shampoo safi anti kelemumur, dan ubat gigi safi ... Da siap mandi, aku pakai minyak wangi beli dari Grandma Natalia Raynie, Davidolf Champion ... :D Segar dan mewangi seperti debunga wangi ... Hahahahaha!!

Aku teruskan perjalanan aku ke Temerloh ... Naik highway LPT ... Disini aku dan sahabat aku berasa lebih tenang dan berasa sungguh selesa sekali ... Tidak fikir masalah nak sampai ke Temerloh mengikut jadual yang telah disediakan ... So disini planning A aku menjadi lebih jimat masa ...

Sampai sahaja di Temerloh, aku buka map kenduri kahwin rumah Ain Hamzah ... pastu aku ternampak Pasaraya Super Cowboy ... Wah!! Aku ingat hanya ade di Kulaijaya sahaja, di Temerloh pun ada jugak ... Memang terbaik, kebetulan memang nak beli hadiah perkhawinan sahabat aku ... :D Hehehe!! Sampai sini pukul 11.50 pagi ...

Makan2 dan minum2 kat Marrybrown Temerloh sambil2 sampulkan hadiah perkhawinan sahabat FB aku 

Super Cowboy Temerloh

Hadiah da siap ... Tapi gambar tidak jelas ... Dan Terima kasih kat Adik Angkat aku, kerana dia bagi aku beg Mc'D ni masa kita jumpa dahulu kala ... Asalnya dia kecik, tapi bila buka, ia jadi beg yang besar ... Aku bawak dia kat mana2 sahaja bro ... Insya'Allah ... Kalau ko ada kan bagus ...

Aku guna beg ni untuk simpan hadiah ...

Seterusnya, aku pun teruskan perjalanan aku ke rumah Ain Hamzah ... Aku sampai di rumahnya tepat pukul 1 petang ... Aku pun pergi dengan sahabat aku ke rumahnya ... Aku bersalam dengan Ayah Ain iaitu Pak Hamzah dan melihat Mak Ain menjemput aku masuk dan menyuruh aku meletakkan Hadiah di atas meja yang telah disediakan ...

Makanan dan minuman di sana adalah : Nasi Jagung tidak silap aku, sayur2an, ayam goreng, daging masak apentah, ikan kering tongkol tidak silap aku, ubi masak tempoyak kot dan macam2 lagi ... Air oren ... Overall semua makanan kat sini sedap ... Serius ... Aku makan 2 kali ... :D Tidak jumpa makanan sesedap macam ni ...

Cenderahati dari Temerluv ... :D Hahaha!!


Selamat pengantin baru Ain dan Ashmir ... Semoga berkekalan ke anak cucu ... :D




Lagu untuk Ain dan Suaminya ... Spider - Selamat pengantin baru sahabat ...

Dan selepas selesai tugas dan misi aku melihat Ain dan suaminya bersanding di atas majlis perkhawinannya ... Aku pun beredar dan ingat nak lepak2 sekejap dengan Haikal ... Cis! Rupa2nya Haikal masih berada di KL ... Tak guna punya member ... Hahahahaha!! Aku pun terus balik ke Johor semula ...
Di sini bermulanya detik2 terbaik daripada ladang anggur ... Bertolak ke Temerloh pada pukul 2.30 petang ... Kisah ni tidak abis lagi ... Aku sampai di Kulaijaya pukul 8.30 malam, aku berehat sekejap di Felda Taib Andak sekejap, aku berterima kasih dengan sahabat aku yang bawak aku ke Temerloh dan balik ke JB ... Pastu member aku pun balik ...  Aku pun keluar ambil Aseng terus gi JB dengan seseorang sahabat pula ... Dekat sana aku rasa nak makan bubur ... Hehehehe!! Pukul 10 malam aku sampai kat Sentosa, JB ...

video
Aku makan bubur dan sotong masak goreng tepung


Lepas makan, aku dan member2 aku balik ke rumah, ke Felda Taib Andak, Kulaijaya ... Aku rasa pada 10.11.12 tu adalah hari yang sangat berbaloi aku berjalan2 bersiar untuk melepaskan tensen aku ... Sebenarnya, aku tidak cerita abis, cerita ni aku terpaksa pendekkan ... kerana ade sebab2 tertentu ... Hahahaha!! Apa2pun ... Aku suka cerita tentang "Aku suka makan" ... So? Apa masalah korang?



Apabila sampai ke rumah ... Aku melihat kedua2 mak dan abah aku ... mereka sihat sahaja ... :) dan aku melihat adik aku pun sihat ...
Masa untuk merehatkan diri daripada belenggu nak abiskan belajar di UniKL ... Masa untuk mendengar lagu ...
Before the Dawn - Throne of Ice (Melodic Death Metal from Finland) Lagu ini telah menenangkan jiwa aku ... :)

Advertising